Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Malaysia menyertai ILC tunjuk komitmen jaga standard buruh

2024-06-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Facebook Steven Sim Chee Keong

KUALA LUMPUR,16 Jun- Penyertaan Malaysia ke Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) ke-112 yang berlangsung di Geneva,Switzerland membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan piawai perburuhan negara agar selari dengan piawai perburuhan antarabangsa.

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dalam satu kenyataan memaklumkan,Malaysia diwakili Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong telah menyuarakan pelbagai perkara berkaitan sektor pekerjaan.

Selain itu beliau juga mengadakan beberapa pertemuan dan perbincangan dengan rakan sejawatan dari negara ASEAN yang menyertai persidangan itu.

Pada masa sama beliau juga mengadakan mesyuarat bersama-sama Sekretariat Forum Ekonomi Dunia,perwakilan tertinggi tiga pihak antarabangsa iaitu International Trade Union Confederation (ITUC) dan International Organisation of Employers (IOE) serta perjumpaan dengan pakar Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dalam bidang platform ekonomi dan standard perburuhan.

"Persidangan peringkat antarabangsa ini membuka peluang kepada pemimpin serantau untuk duduk semeja dan berbincang tentang hal melangkaui sempadan negara masing-masing.

"Sim telah mengambil kesempatan mengadakan pertemuan dengan semua rakan sejawat dari negara ASEAN dalam satu sesi bagi bertukar pendapat serta cadangan untuk mengadakan kerjasama lebih rapat dalam isu perburuhan dan aspek pembangunan kemahiran bersama negara anggota," katanya.

Selain itu,Sim turut mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Filipina dan Nepal bagi memperkukuh kerjasama serantau dan negara sumber serta memastikan kebajikan pekerja dari kedua-dua negara sumber itu terpelihara.

Kesuma turut memaklumkan sewaktu ucapan negara dalam sidang pleno pada persidangan itu,Sim telah menyinggung kontrak sosial dunia ketika ini yang hanya menguntungkan negara kuasa besar dunia dan merugikan negara kecil.

"Beliau juga telah berkongsi pengalaman dan usaha Malaysia dalam memartabatkan pekerja melalui rangka kerja MADANI," tambah kenyataan itu.

Persidangan Buruh Antarabangsa ke-112 bertemakan ‘Ke Arah Memperbaharui Kontrak Sosial’ melabuhkan tirainya pada Jumaat lepas setelah berlangsung selama lima hari.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.