Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Timbalan Ketua Menteri wanita pertama Sabah meninggal dunia

2024-06-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

Allahyarham Datuk Ariah Tengku Ahmad

KOTA KINABALU,16 Jun- Timbalan Ketua Menteri wanita pertama Sabah Datuk Ariah Tengku Ahmad meninggal dunia di kediamannya di sini hari ini pada usia 86 tahun.

Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad berkata,ibunya meninggal dunia dalam tidurnya dan menifatkan kehidupan ibunya dicirikan sebagai satu kecemerlangan dan perkhidmatan.

Allahyarham pernah menjadi kapten Pasukan Olahraga Jesselton,dinobatkan sebagai Miss Jesselton 1956,seorang juruhebah radio,wartawan,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang,Menteri Perkhidmatan Sosial Sabah dan Timbalan Ketua Menteri Sabah antara lain.

"Tetapi melebihi segalanya,dia adalah seorang ibu dan nenek mengagumkan yang kami semua sayangi dan kehilangannya sangat dirasai. Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya,diampuni segala dosa-dosanya dan ditempatkan di Jannatul Firdaus dalam kalangan orang-orang yang soleh," katanya dalam satu kenyataan.

Allahyarham Ariah menjadi ADUN Kawang dari 1986 hingga 1995 dan pada 1993 beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri dan juga ahli pengasas Persatuan Wanita Sabah (PEWASA).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.