Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Niaga hadapan MSM dijangka diniagakan tinggi minggu depan

2024-06-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,15 Jun- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan memandangkan jangkaan cuaca baik dan pengeluaran yang bertambah baik,kata seorang peniaga.

Peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata MSM dijangka diniagakan antara paras RM3,700 setan metrik dan RM3,800 setan metrik minggu depan berikutan stok yang besar.

“MSM juga mungkin terus diniagakan tinggi,seiring dengan harga minyak kacang soya dan pasaran lain,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata penyasaran subsidi diesel baru-baru ini tidak akan memberi kesan kepada pasaran kerana permintaan fizikal datang dari China,India,Pakistan dan negara-negara Timur Tengah.

Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB),jumlah stok minyak sawit Malaysia meningkat 0.5 peratus kepada 1.75 juta tan metrik pada Mei 2024 daripada 1.74 juta tan metrik pada April 2024,manakala eksport minyak sawit naik sebanyak 11.66 peratus kepada 1.38 juta tan metrik pada Mei berbanding 1.23 juta tan metrik pada April.

Bagi minggu yang baru berakhir ini,pasaran diniagakan bercampur-campur berikutan penurunan harga minyak kacang soya dan olein sawit Dalian di tengah-tengah jangkaan permintaan kukuh daripada negara-negara pengimport utama.

Bagi asas mingguan,kontrak bulan semerta Jun 2024 meningkat RM30 kepada RM3,983 setan metrik manakala Julai 2024 susut RM14 kepada RM3,961 setan metrik,Ogos 2024 turun RM29 kepada RM3,946 setan metik dan September 2024 jatuh RM46 kepada RM3,928 setan metrik.

Kontrak Oktober 2024 susut RM61 kepada RM3,911 setan metrik dan November 2024 berkurangan RM66 kepada RM3,911.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 326,532 lot daripada 273,012 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka naik kepada 229,646 kontrak daripada 214,980 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Jun Selatan kekal tidak berubah pada RM4,000 setan metrik. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.