Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

TBAR: Tujuh lagi lokasi tumpuan dikenal pasti untuk digazetkan

2024-06-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu,Datuk Dr. Kasemani Embong

KUALA TERENGGANU,25 Jun - Tujuh lokasi tumpuan orang ramai dikenal pasti untuk digazetkan sebagai kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR),sebelum akhir tahun ini.

Ketika ini,negeri itu hanya mempunyai satu zon TBAR yang diwartakan pada tahun 2018 iaitu di kawasan Pantai Batu Buruk,Kuala Terengganu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu,Datuk Dr. Kasemani Embong berkata lokasi tersebut ialah di Taman Bandar Chukai Kemaman,Arena Merdeka Dungun,Pantai Pulau Kekabu,Marang serta Pasar Awam Kuala Berang,Hulu Terengganu.

Tiga lagi di Pantai Teluk Ketapang,Jeti Pelancongan Merang dan Kota Putera Square,Besut.

Beliau berkata,proses pewartaan mengambil masa yang agak lama kerana memerlukan libat urus pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri serta pemegang taruh yang lain.

"Kalau kita melihat peniaga,dari segi pematuhan yang perlu kita laksanakan itu,memang mereka patuh tetapi dari segi hendak menegur masih lagi terdapat halangan seperti tegur untuk tidak merokok di dalam premis masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Operasi Cakna Undang-Undang Kesihatan Awam Siri 3/2024 di Pantai Batu Buruk,di sini.

Dr. Kasemani turut berharap semua pihak dapat memberi kerjasama dalam memastikan pelaksanaan TBAR,tercapai.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.