Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

10 projek dan inisiatif rintis perdan dilaksana menerusi NETR

2024-06-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib

KUALA LUMPUR,25 Jun - Sebanyak 10 projek dan inisiatif rintis perdana (flagship)diperkenal dan dilaksana menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR); berdasarkan enam pemacu peralihan tenagaiaitu Kecekapan Tenaga (EE),Tenaga Boleh Diperbaharui (RE),Hidrogen,Tenaga Bio,Mobiliti Hijau dan Penapisan,Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS).

Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib menjelaskan,satu projek flagship bawah EE melibatkan dua inisiatif utama iaitu pembangunan Akta Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga yang dijangka selesai pada akhir tahun ini serta pelaksanaan audit bagi sektor rel.

Manakala bawah RE,tiga projek flagshipdilaksana dengan enam inisiatif utama iaitu penubuhan Zon RE bersepadu,pembangunan Taman Suria,pembangunan Solar Terapung Hidro Hibrid,Sistem Penstoran Tenaga dan Inisiatif Jaminan Bekalan Tenaga Sabah dan Solar Kediaman.

Selebihnya,satu projek flagship bawah Tenaga Bio dan CCUS dan masing-masing dua projek flagship bawah pemacu Hidrogen dan Mobiliti Hijau.

"Kelima,dengan izin 'green mobility'. Terdapat dua projek flagship iaitu Mobiliti Masa Depan dengan inisiatif Elektrifikasi Pengangkutan Awam melalui penggunaan bas elektrik oleh Prasarana Malaysia Berhad dan titik pengecasan kenderaan elektrik.

"Pemacu Keenam,carbon capture,utilisation and storage,CCUS mempunyai satu projek flagship iaitu CCS untuk Industri. Inisiatif adalah penyediaan Kerangka Dasar CCUS serta pelaksanaan projek CCS di Kasawari dan Lang Lebah yang sedang diterajui Sarawak.

"Setiap projek dan inisiatif ini mempunyai tahap kematangan yang berbeza dan kebanyakan masih di peringkat pra-pelaksanaan dan ikut jadual.Berdasarkan tahap pelaksanaan projek dan inisiatif flagship tersebut,Kerajaan menganggarkan pencapaian adalah lebih tinggi daripada sasaran awal," kata Hanifah.

Beliau menjawab pertanyaan yang dikemukakan wakil Rompin,Datuk Abdul Khalib Abdullah mengenai statuspelaksanaan NETR fasa pertama,di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu,Hanifah berkata pencapaian NETR dijangka lebih tinggi berbanding sasaran awal berdasarkan tahap pelaksanaan projek dan inisiatif flagship yang sedang dijalankan.

Jelasnya,komitmen pelaburan juga adalah lebih tinggi iaitu RM60.7 bilion berbanding sasaran awal RM25 bilion.

"Kedua,peningkatan peluang pekerjaan sebanyak 84,544 berbanding sasaran awal 23,000 dan Ketiga,pengurangan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 24,264 berbanding sasaran awal 10,000 gigagram karbon dioksida setara setiap tahun," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.