Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Usaha rakyatkan isu alam sekitar perlu dilaksanakan pelbagai pihak

2024-06-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Nik Nazmi Nik Ahmad pada pelancaran Islamic Sustainable Development Goals (i-SDG) Center

SHAH ALAM,26 Jun- Perbincangan mengenai isu alam sekitar perlu dilaksanakan pelbagai pihak tanpa mengira fahaman,kepakaran dan agama dalam usaha merakyatkan isu berkenaan khususnya kepada masyarakat awam.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata,penyelesaian isu alam sekitar tidak hanya ditangani satu pihak sahaja kerana ia memerlukan kesedaran kesalinghubungan manusia dan alam sekitar.

Susulan itu,beliau berkata pendekatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang membawa perbincangan kepentingan menjaga alam sekitar dalam bentuk pandangan agama Islam adalah sesuatu yang harus diikuti oleh pihak lain.

"Soal alam sekitar ini sebenarnya satu perkara yang boleh membawa kita bersama-sana,akta emrentas agama dan kaum sebab sekiranya tiada alam sekitar,kita pun tidak boleh hidup.

"Saya memang yakin bahawa,kita perlu bekerjasama,kerana ia tidak mampu dilaksanakan satu sektor tertentu dalam menyelesaikan perkara ini," katanya semasa berucap pada majlis penutupan Persidangan Antarabangsa Islamik tentang Pembangunan Hijau Mampan di sini.

UiTM menerusi Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dengan kerjasama Nextgreen Global Sdn Bhd menganjurkan persidangan yang dihadiri 500 peserta,mengangkat tema mengintegrasikan nilai dan inovasi global bagi mengharmonikan matlamat pembangunan mampan (SDG) di samping pelancaran Islamic Sustainable Development Goals (i-SDG) Center.

Pelancaran i-SDG Center itu juga sebagai langkah memperkasakan peranan Islam sebagai pemangkin kepada merealisasikan hasrat dan matlamat murni SDG dengan banyak peluang penyelidikan dan kajian ilmiah dapat dijalankan bagi mendukung nilai itu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.