Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

MCMC sekat 549 laman sesawang lucah

2024-06-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,27 Jun- Sebanyak 549 laman sesawang bersifat lucah dan satu laman sesawang bersifat sumbang telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bermula 1 Januari sehingga 1 Jun lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching memaklumkan tindakan yang diambil adalah berdasarkan pemantauan proaktif serta aduan yang diterima daripada orang awam.

Tegasnya,kementerian komited memastikan persekitaran dalam talian yang selamat dan selesa untuk semua pengguna internet.

Tindakan akan diambil terhadap kandungan dalam talian yang dikenal pasti telah melanggar peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

"Selain daripada tindakan sekatan laman sesawang,MCMC turut mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan tindakan penurunan kandungan dengan kerjasama platform media sosial seperti Tumblr,X,Telegram,Facebook,Instagram,WhatsApp,Tik Tok dan lain-lain.

"Dalam tempoh yang sama,308 kandungan berunsur lucah dan 29 kandungan media sosial yang berunsur sumbang telah diturunkan oleh penyedia platform berdasarkan permohonan yang telah dilakukan",katanya dalam sesi Dewan Rakyat.

Dalam pada itu,sebanyak 19 laman sesawang disekat dan 23 kandungan telah diturunkan khusus berkaitan penjualan dan mempromosikan produk berkaitan seks dan ubat kuat seks.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan ahli Parlimen Lumut,Komander Nordin Ahmad Ismail yang meminta kementerian menyatakan tindakan yang diambil dengan tersiarnya video dan gambar lucah di dalam platform media sosial yang kebanyakannya untuk mempromosikan produk berkaitan seks dan ubat kuat seks.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.