Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Gagal ikrar wang bernilai RM65,160, JKDM tahan seorang wanita di sempadan negara

2024-06-28 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail

KANGAR,28 Jun- Seorang wanita warga tempatan ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis selepas disyaki gagal mengikrar sejumlah wang bernilai RM65,160 yang dibawa bersamanya ketika memasuki pintu sempadan negara di ICQS Padang Besar,24 Jun lalu.

Kesalahan itu berjaya dikesan selepas beg berkenaan dimasukkan ke dalam mesin pengimbas dan pegawai membuat pemeriksaan lanjut selepas,tindakan wanita terbabit dilihat mencurigakan.

Pengarah JKDM Perlis,Ismail Hashim berkata hasil pengakuan wanita berusia 47 tahun itu mendapati bahawa wanita itu sama sekali tidak mengetahui mengenai kesalahan berkenaan selain lebih selesa menyimpan wang miliknya dengan cara tersebut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 28(B) berkaita AMLA. Baik masuk atau keluar negara kena ikrar. Itu adalah prosedur yang ditetapkan kerajaan bukan kastam dan perlu ada kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM)," kata Ismail kepada pemberita dalam satu sidang media berkaitan penahanan wanita berkenaan serta rampasan ganja yang bertempat di ibu negeri itu.

Dalam satu kes berasingan,JKDM Perlis juga berjaya merampas 84.7 kilogram ketulan mampat dipercayai ganja ditinggalkan di pesisir pantai berdekatan Simpang Empat,Perlis.

Kesemua ganja berkenaan bernilai RM262,477 dan boleh digunakan oleh lebih 420,000 penagih dadah.


Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.