Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

KPDN Perak sita 400kg gula bernilai RM1,460 di sebuah kilang biskut

2024-07-12 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto: BERNAMA/ KPDN Perak

IPOH,12 Julai- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 400 kilogram (kg) gula pasir putih kasar dianggarkan bernilai RM1,460 selepas menyerbu sebuah kilang memproses biskut di Jalan Simpang,Taiping semalam.

Pengarah KPDN Perak,Datuk Kamalludin Ismail berkata serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasaan KPDN Cawangan Taiping.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit gagal mengemukakan lesen atau permit berkaitan barang kawalan iaitu gula yang merupakan barang berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan disyaki pemilik kilang menyimpan barang kawalan itu tanpa kebenaran Pengawal Bekalan Malaysia.

”Sehubungan dengan itu,satu tindakan kes telah diambil dan barang kawalan iaitu gula pasir kasar sebanyak 400 kg serta dokumen berkaitan telah disita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamalludin berkata kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabitkan kesalahan bagi pertubuhan perbadanan,didenda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya tidak melebihi RM5 juta.

"Jika pesalah bukan pertubuhan perbadanan,boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara selama tempoh atau tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya,didenda tidak melebihi RM3 juta atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

Ujarnya,KPDN memandang serius peniaga yang melakukan kesalahan melibatkan barang kawalan yang diselia di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan tindakan tegas akan diambil sekiranya gagal mematuhi perundangan yang ditetapkan di bawah akta yang dikuatkuasakan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.