Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

KKDW komited lahir graduan tahfiz berkemahiran

2024-07-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang

ALOR SETAR,14 Julai - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Kolej KEDA) komited melahirkan graduan tahfiz berkemahiran menerusi Program Pengajian Tahfiz TVET@Kolej KEDA 3.0.

Sekatat ini,KEDA telah memperuntukkan sejumlah RM312,000 dengan jumlah pelajar seramai 152 dan melibatkan 19 Pusat Tahfiz terpilih di Kedah.


Inisiatif itu adalah langkah proaktif KEDA untuk memastikan graduan tahfiz tidak hanya terhad kepada bidang keagamaan tetapi juga mampu bersaing dalam industri teknikal dan vokasional.


Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang berkata,program Pengajian Tahfiz TVET@Kolej KEDA fasa satu bermula pada Ogos 2022 hingga Januari 2023 melibatkan 42 pelajar dari enam Pusat Tahfiz.


Bagi Program Tahfiz TVET@Kolej KEDA 2.0 yang bermula pada Julai 2023 hingga Disember 2023 pula melibatkan seramai 30 pelajar.


Permintaan terhadap Program Tahfiz TVET@Kolej KEDA terus meningkat pada tahun ini dengan Kolej KEDA memperuntukkan sebanyak RM175,000 melibatkan 80 pelajar dari 10 Pusat Tahfiz.


"Kita punya latihan ini maksudnya TVET sebagai nilai tambah kepada kemahiran pelajar-pelajar tahfiz yang sedia ada dan sebenarnya memudahkan kitalah melahirkan modal insan selaras dengan konsep Madani yang mana kita memerlukan ihsan,sahsiah,integriti dalam kalangan pekerja-pekerja kita yang mana separuhnya telah dilunaskan semasa pengajian di tahfiz," kata Rubiah.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Tahfiz TVET@Kolej KEDA 3.0 sempena Majlis Graduasi Kolej KEDA Ke-12 di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Albukhary,Alor Setar,hari ini.


Jelas beliau,Program Tahfiz TVET@Kolej KEDA merupakan sebuah program pengajian kemahiran jangka pendek yang telah dirangka secara khusus kepada para pelajar tahfiz dalam menyediakan modal insan berkemahiran untuk mengharungi alam pekerjaan kelak.


Antara bidang yang ditawarkan termasuk Teknologi Elektrik,Teknologi Kimpalan,Teknologi Motosikal,Teknologi Makanan,Teknologi Automotif,Teknologi Fabrik (Wanita),Teknologi Fabrik (Lelaki),Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara.


Katanya,tempoh bagi program ini adalah selama enam bulan dengan menggunakan modul yang telah dirangka secara modular agar latihan yang diberikan berkesan dalam tempoh yang telah ditetapkan.


Kemudahan percuma kepada para pelajar tahfiz turut disediakan Kolej KEDA seperti peralatan dan bahan pembelajaran,makan minum dan juga penginapan.


Kolej KEDA merekodkan kadar kebolehpasaran graduan tertinggi dalam bidang TVET tahun lalu iaitu sebanyak 98 peratus.


"Tahun ini 2024,Kolej KEDA terima peruntukkan sebanyak RM350,000 daripada KKDW khususnya kerajaanlah untuk memastikan program-program TVET ini dilaksanakan dengan lebih baik dan lebih berkesan. Dan fokus kita bukan sahaja di KKDW malah kerajaan sekarang adalah untuk melahirkan tenaga mahir yang efisien sebab tulah sekarang kita focus kepada pembangunan TVET,"katanya.

Majlis Graduasi Koleh KEDA ke-12 yang berlangsung hari ini menyaksikan seramai 593 orang graduan dari tahun 2019 hingga 2023 menerima sijil masing-masing.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.