Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Pasukan petugas khas empat kementerian akan semak cadangan pindaan Akta 574

2024-07-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Azalina Othman Said/ Foto BERNAMA

BUTTERWORTH,21 Julai- Pasukan petugas khas terdiri daripada empat kementerian akan menjalankan semakan menyeluruh sebelum mencadangkan pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi membanteras buli siber akan dibentangkan di Parlimen,Oktober depan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata,kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN),Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital


Selain itu,satu seminar undang-undang keselamatan dalam talian dengan penglibatan negara luar juga akan dilaksana pihaknya.


"Kita nak belajar dari negari Australia,Kanada,United Kingdom dan Singapura. Sekarang ini ada pertikaian antara unsur demokrasi,hak asasi dan isu tentang had hak asasi. Sebab dalam isu siber buli ini ada orang berkata mereka ada kebebasan nak bercakap apa yang dia suka.

"...sebab dia kata dalam buli siber sekarang ini aspek jenayah tu ialah ia bukan sekali sahaja. Dia menyerang secara tiba-tiba (swooping),mendedahkan maklumat peribadi seseorang secara dalam talian tanpa kebenaran (doxxing),ugutan (intimidation). Selepas itu paling dasyat ialah menggalakkan orang wujudkan kebencian," katanya selepas hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam di sini.

Cadangan pindaan itu itu akan mentakrifkan istilah buli siber dan mengklasifikasikannya sebagai kesalahan khusus di Malaysia.

Ia juga bagi mengelakkan tekanan dari segi emosi sekali gus menjurus kepada perlakuan negatif dalam kalangan generasi muda.


Baru-baru ini Azalina dilaporkan berkata kerajaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) sedang mempertimbangkan cadangan meminda Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi memperkenalkan peruntukan khusus bagi kesalahan buli siber.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.