Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Bursa Malaysia dibuka rendah

2024-07-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,26 Julai- Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini,didorong oleh prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur,menurut penganalisis.

Pada 9.10 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.86 mata kepada 1,612.32 daripada 1,615.18 semalam.

Indeks dibuka rendah 1.19 mata kepada 1,613.99.

Dalam pasaran secara menyeluruh,kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 200 berbanding 156,dengan 308 kaunter tidak berubah,1,859 tidak diniagakan dan 52 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 261.10 juta unit bernilai RM130.28 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd,Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur berikutan peniaga cuba untuk pulih daripada jualan besar-besaran pada Rabu walaupun pengumuman mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) melebihi jangkaan.

“Nasdaq merosot 0.9 peratus,S&P 500 susut 0.5 peratus manakala Dow Industrials meningkat 0.2 peratus. Pelabur masih terjejas oleh pendapatan syarikat gergasi teknologi AS yang mengecewakan,” katanya kepada Bernama.

Menurut Biro Analisis Ekonomi AS,KDNK benar meningkat pada kadar tahunan sebanyak 2.8 peratus pada suku kedua 2024 berbanding 1.4 peratus pada suku pertama tahun ini.

Bagi bursa tempatan,Thong berkata FBM KLCI terus diniagakan rendah berikutan sentimen global yang lemah.

“Bagaimanapun,indeks petunjuk pasaran terus disokong dengan baik melebihi paras 1,610,justeru,kami menjangka belian saham akan berterusan apabila harga rendah.

“Kami menjangka indeks petunjuk pasaran akan berada antara 1,610 dan 1,620 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Maybank merosot 2.0 sen kepada RM10.12,Public Bank dan CIMB Group,masing-masing berkurangan 1.0 sen kepada RM4.20 dan RM7.18 serta Tenaga Nasional susut 4.0 sen kepada RM13.96.

Sementara itu,IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.26.

Dalam kalangan saham aktif,Kucingko naik 35.5 sen kepada 65.5 sen,Sarawak Consolidated menambah 1.0 sen kepada 30 sen dan Alam Maritim meningkat setengah sen kepada 4 sen. Widad Group dan Aimflex,masing-masing tidak berubah pada 5.5 sen dan 20 sen.

Di papan indeks,Indeks FBM Emas merosot 15.26 mata kepada 12,450.52,Indeks FBMT 100 berkurangan 13.27 mata kepada 12,039.36 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 12.76 mata kepada 12,726.94.

Indeks FBM 70 naik 8.85 mata kepada 18,487.20 dan Indeks FBM ACE meningkat 0.85 mata kepada 5,811.71.

Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 32.82 mata kepada 17,950.44. Sementara itu,Indeks Perladangan menambah 2.20 mata kepada 7,153.16,Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.18 mata kepada 191.97 manakala Indeks Tenaga meningkat 0.21 mata kepada 958.50.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.