Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

70 peratus tempat kerja sambut baik Operasi SPARK

2024-07-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Ir. Mohd Hatta Zakaria

KUALA LUMPUR,27 Julai- Kira-kira 70 peratus melibatkan 1,241 tempat kerja menerusi Operasi SPARK (Sebaran Perundangan AKKP Revolusi KKP Negara) serentak di seluruh negara memberikan reaksi positif.

Reaksi berkenaan mengenai pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP)(Pindaan) 2022 serta Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022 yang berkuatkuasa pada 1 Jun lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Ir. Mohd Hatta Zakaria berkata pelaksanaan operasi itu bermula 12 Jun hingga 27 Jun itu adalah untuk mengetahui keberkesanan strategi hebahan JKKP berkaitan perundangan baharu KKP negara.

"Kita masih membuat hebahan supaya pihak majikan memahami kehendak dalam pindaan tersebut dan sekiranya ada kemalangan maut ataupun kemalangan yang melibatkan kehilangan anggota kekal kita akan menggunakan peruntukan-peruntukan dalam pindaan tersebut.

"Kita pun ada ejen-ejen,kita telah melatih lebih kurang tiga pegawai kita dan setiap negeri," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Wisma Berita,Angkasapuri Kota Media.

Pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 serta Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022 akan dikenakan penalti maksimum RM500,000 berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Ia menyaksikan peningkatan penalti 10 kali ganda berbanding sebelum ini iaitu RM50,000.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.