Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Jabatan Perikanan Kedah anjur program tingkat kemahiran penternakan ikan

2024-07-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL

JITRA,27 Julai - Seramai 30 warga belia dalam kalangan pengusaha dan penternak ikan menyertai Kursus Kemahiran Teknikal Akuakultur - Pembenihan ikan Keli dan Biofloc Ikan Tilapia Negeri Kedah bagi meningkatkan kemahiran dalam industri penternakan ikan.

Kursus diadakan di Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra,selama dua hari itu diisi dengan pengenalan kepada sistem akuakultur,teknik pembenihan ikan keli,pemilihan induk ikan keli dan tilapia tujuan pembenihan dan sistem biofloc.


Jabatan Perikanan Negeri Kedah dalam kenyataan berkata,peserta juga diberikan peluang menyuntik hormon ovaprim kepada induk ikan keli dan menghasilkan pembenihan.


"Pengalaman ini amat berguna kepada penternak-penternak yang baru menceburi bidang penternakan dan pembenihan ikan keli.


"Kursus telah diberikan oleh Ketua Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra,Subli Saad serta dibantu kakitangan dan cawangan pengembangan perikanan menyelaras kursus serta logisitik," menurut kenyataan itu.


Program tersebut dirasmikan oleh Ketua Cawangan Pengembangan Perikanan Negeri Kedah,Siti Shuhada Azahari yang mewakili Pengarah Perikanan Negeri Kedah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.