Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Ahmad Zahid mohon maaf, khilaf ketika berpidato pada Himpunan Pembebasan Palestin

2024-08-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR,5 Ogos- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf atas kekhilafan ketika berpidato pada Himpunan Pembebasan Palestin yang berlangsung di Axiata Arena,Bukit Jalil malam tadi.

Beliau menerusi hantaran di Facebook mengakui kekhilafan itu ketika himpunan berkenaan; tersasul merujuk Palestin sebagai Israel.


"Dalam keghairahan dan rasa penuh semangat tadi (malam tadi),saya memohon maaf atas kekhilafan saya dalam berbicara.


"Namun hati yang tulus ikhlas ini tetap membara untuk melaungkan Bebas Palestin! Hidup Palestin! Merdeka Palestin," jelasnya menerusi Facebook.

Mengulas lanjut,Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menyatakan perhimpunan itu bagi memperingati As-Syahid Al Mujahid Ismail Haniyeh yang telah dibunuh dengan kejam pada 31 Julai lepas di Iran.

"Hadirnya kita sebagai rasa cinta terhadap keamanan,kedamaian dan menolak sekeras-kerasnya penindasan serta kezaliman manusiawi," katanya.

Beliau menambah meskipun seorang Ismail Haniyeh gugur,ribuan mujahid lagi akan dilahirkan.


Berdasarkan beberapa klip video tular di media sosial,Ahmad Zahid dilihat tersasul melaungkan 'hidup Israel' dan 'perjuangan Israel' ketika berpidato.

Himpunan Pembebasan Palestin semalam dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama menteri kabinet,perwakilan asing dan lebih 15,000 rakyat Malaysia serta warga asing bagi menyatakan tanda solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan negara mereka sendiri daripada penjajahan dan kekejaman rejim Israel.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.