Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Kerajaan terbuka bincang peruntukan tambahan kepada Sabah - PM

2024-08-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,9 Ogos- Kerajaan bersikap terbuka untuk berbincang mengenai peruntukan tambahan kepada negeri Sabah,kata Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata,isu peruntukan itu tidak seharusnya dipolitikkan,sebaliknya dibincang secara berhemah.

Jelasnya,peruntukan RM16 bilion kepada Sabah yang diumumkan beliau pada Pesta Kaamatan,31 Mei lalu,adalah peruntukan keseluruhan dan bukan hanya pembangunan.

"Ahli Parlimen Beluran,Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ini mantan menteri,(bekas) Timbalan Speaker (Dewan Rakyat),bacalah... apa yang tak fahamnya.

"Kalau hendak minta (peruntukan) lagi,bincang secara elok... saya sudah terangkan," katanya kepada pemberita di Medan Selera Tanglin,di sini,hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ronald yang menyifatkan kenyataan Anwar sebagai mengelirukan mengenai peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Sabah.

Anwar berkata,beliau terbuka menerima segala teguran,malah kerajaan sekarang sudah melaksanakan pelbagai perkara di Sabah.

"Jangan jadi politik picisan,cuba meraih... padahal masa ada kuasa dulu,kamu diam,kamu ikut sahaja.

"Mana dia MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) masa kamu berkuasa? Sekarang kita bincang,laksanakan sebanyaknya,kuasa,tenaga,pendidikan,kesihatan,tambahan peruntukan,semua sekarang… saya nak tanya masa dia berkuasa,dia buat apa?" katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.