Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Sarawak bakal rekodkan jumlah kemasukan pengunjung terbesar tahun ini- Abdul Karim

2024-08-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Abdul Karim bercakap kepada media selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Inovatif dan Creative Circle di Kuching

KUCHING,12 Ogos- Sarawak bakal merekodkan jumlah kemasukan pengunjung terbesar tahun ini.

Menteri Pelancongan,Industri Kreatif dan Seni Persembahan,Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata setakat Julai,pihaknya telah merekodkan sejumlah 2.8 juta pelancong.

"Saya sangat teruja dengan apa yang berlaku,kita mungkin mencapai sasaran empat juta malah mungkin mencapai lima juta tahun ini,jadi tahun teramai pengunjung ke sini,"katanya.

Beliau menjelaskan,ia juga menyumbang sekitar RM7.3 bilion pendapatan berbanding RM5.7 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.

Datuk Seri Abdul Karim bercakap kepada media selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Inovatif dan Creative Circle di Kuching hari ini.

Menyentuh mengenai tiket kemasukan majlis perasmian Sukan Malaysia,SUKMA yang habis pagi tadi beliau meminta orang ramai untuk menonton siaran langsung di TV.

Katanya beliau sedar agak sukar untuk memenuhi jangkaan semua pihak.

Selain siaran langsung di RTM dan TVS,pihaknya juga menyediakan skrin besar di dataran stadium bagi penonton.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.