Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Hanya 257,000 kenderaan logistik mohon 'Fleet Card' setakat ini-Fuziah

2024-08-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR,12 Ogos- Hanya 257,000 kenderaan logistik sudah memohon untuk mendapatkan Fleet Card menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) setakat ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Fuziah Salleh berkata,berdasarkan rekod,terdapat 410,000 kenderaan logistik yang layak untuk memohon.

Justeru beliau menggesa pemilik kenderaan logistik yang layak mendapatkan 'fleet card' untuk membuat permohonan segera.

Jadi,kita lihat jurang itu besar,dan kita khuatir akan timbulkan kesan kepada kenaikan harga barang kerana apabila mereka layak tetapi mereka tidak memohon untuk mendapatkan 'Fleet Card' untuk dapatkan subsidi diesel.

"Jadi,saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak kepada semua yang layak tidak perlu banyak lori tidak perlu banyak kenderaan kalau ada 1 tan pun mohon",katanya demikian pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Restoran Ayam Gepuk Top Global cawangan Sri Gombak di sini.

Ujar Fuziah,pihak kementerian juga masih berunding dengan syarikat minyak untuk meningkatkankecekapan pengeluaran kad berkenaan bagi memendekkan tempoh menunggu.

Selain itu,pemohon yang mempunyai kenderaan atau lori persendirian juga diberikan pilihan alternatif melalui 'cash card'.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.