Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

KDNK suku kedua negara selesa, kadar pertumbuhan 5.9 peratus - PM

2024-08-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.9 peratus pada suku kedua 2024 melebihi jangkaan dan ekonomi berprestasi terbaik di ASEAN dalam tempoh tersebut / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,17 Ogos - Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.9 peratus pada suku kedua 2024 melebihi jangkaan dan ekonomi berprestasi terbaik di ASEAN dalam tempoh tersebut.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peningkatan ketara itu dibina atas permulaan kukuh yang telah dilakukan kerajaan ada pada awal tahun.

"Angka tersebut turut mencerminkan keputusan yang dilakukan kerajaan dalam melakukan pembaharuan dan transformasi ekonomi. Ini termasuk tindakan memerangi rasuah,penyasaran semula subsidi dan mengejar pelaburan bernilai tinggi," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.

Tambah Anwar,dunia juga semakin mengambil perhatian bahawa Malaysia adalah destinasi pilihan untuk pelaburan global.

Ini termasuk pelaburan RM25 bilion daripada syarikat semikonduktor Jerman,Infineon,merangkumi kilang baharu untuk pengeluaran semikonduktor bernilai tinggi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.