Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Bawa masuk lebih ramai warga Palestin cedera belum diputuskan

2024-08-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR,19 Ogos- Cadangan membawa masuk lebih ramai rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia untuk menerima rawatan perubatan,masih belum diputuskan.

Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan,buat masa ini kerajaan masih belum dapat membuat keputusan mengenainya,memandangkan proses tersebut bukan tugas yang mudah.

Bagaimanapun,beliau sempat berkongsi perkembangan 41 rakyat Palestin yang KINI sedang dirawat di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di Wangsa Maju.

"Saya percaya bahawa kita akan beri rawatan yang rapi dan sewajarnya. Jadi,buat ketika ini mereka dalam proses dirawat. Dia tidak boleh rawat satu hari. Bergantung kepada jenis-jenis kecederaan,ada yang memerlukan tempoh rawatan yang lama," kata Datuk Seri Khaled kepada pemberita,hari ini.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Kementerian Pertahanan (MINDEF) di Wisma Pertahanan.

Sementara itu,orang ramai dinasihat agar tidak tertipu dengan mana-mana individu mahu pun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat kutipan derma khusus kepada pesakit Palestin yang sedang dirawat di negara ini.

Mohamed Khaled menjelaskan,pihaknya tidak pernah menggunakan mana-mana individu atau NGO untuk membuat kutipan derma untuk rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia untuk dirawat di HAT ketika ini.

Sebaliknya,MINDEF dan HAT mempunyai saluran sendiri untuk membantu kesemua 41 pesakit warganegara Palestin berkenaan.

"Kalau ada pihak-pihak kononnya untuk mangsa Palestin yang sedang dirawat,itu saya percaya minta semak dengan kita. Kita memang mengalu-alukan orang nak tolong,tapi tolong secara teruslah. Kementerian akan keluar kenyataan berhubung perkara ini," tambah Khaled.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.