Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Nilai dagangan Malaysia-India disasar meningkat tahun ini- Tengku Zafrul

2024-08-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abd Aziz

NEW DELHI,22 Ogos- Nilai dagangan Malaysia-India disasar meningkat tahun ini susulan prestasi baik tahun lalu yang mencatat kadar pertumbuhan sebanyak 15 peratus.

Menteri Pelaburan,Tengku Datuk Seri Zafrul Abd Aziz berkata,Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya,Narendra Modi telah bersetuju untuk menaik taraf dan menambah baik perjanjian sedia ada.

"Banyak cadangan telah dibincangkan dalam lawatan ini dengan Perdana Menteri memberi tempoh tiga bulan kepada kementerian untuk mengemukakan rancangan yang jelas bagi kerjasama dengan India dalam sektor perdagangan dan pelaburan," katanya.

Zafrul berkata demikian pada hari terakhir lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri ke India sebelum pulang ke tanah air.

Pada tahun lalu,nilai perdagangan antara Malaysia dan India berjumlah RM72.31 bilion.

Terdahulu,beliau menyaksikan pertukaran tujuh memorandum persefahaman (MoU) membabitkan syarikat dari Malaysia dan India,merangkumi industri logistik,ekuiti swasta,pelaburan dan syarikat pemula.

MoU ini menekankan komitmen Malaysia dan India untuk meluaskan kerjasama ekonomi,membina kekuatan bersama dan mewujudkan peluang baharu untuk pertumbuhan dan pembangunan di kedua-dua negara.

Syarikat yang terlibat dalam pertukaran MoU itu adalah Renergy Bumi Hijau Sdn Bhd dengan Thiagarajar College of Engineering,Madurai,Tamil Nadu; Beyond4 Sdn Bhd dengan T-HUB Foundation; dan Mutiara Etnik Sdn Bhd dengan Neptune Automation SWM Pvt Ltd.

Selain itu Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd dengan Rail Vikas Nigam Ltd,India; Cradle Fund dengan Invest India iaitu agensi promosi dan pemudahcara pelaburan rasmi kerajaan India; SMH Rail Sdn Bhd Malaysia dengan BEML Ltd,Bangalore,India; dan Majlis Perniagaan Malaysia-India dengan Invest India.

Dalam pada itu,Zafrul memaklumkan syarikat India telah memberikan komitmen untuk melabur dalam tiga syarikat Malaysia.

Justeru,beliau berkata komitmen tersebut akan membuka lebih banyak kemasukan pelaburan asing dari India ke Malaysia pada masa hadapan serta membantu pertumbuhan ekonomi negara.

"Syarikat India telah memberi komitmen untuk melabur di tiga syarikat Malaysia dengan komitmen pelaburan sebanyak RM4.5 bilion.

"Syarikat India telah menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Malaysia untuk melatih pelajar mendapatkan pekerjaan dalam sektor kejuruteraan. Malah,dua syarikat semikonduktor India telah menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan syarikat Malaysia dalam bidang seperti pembungkusan termaju dan reka bentuk IC berikutan Malaysia yang lebih ke hadapan berbanding India," ujarnya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.