Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

DBKL periksa paip kumbahan selepas tanah mendap

2024-08-28 berita.rtm.gov.my HaiPress

Tanah mendapan baharu yang dikesan di Jalan Masjid India,Kuala Lumpur,awal pagi tadi

KUALA LUMPUR,28 Ogos- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil tindakan segera dengan memeriksa paip kumbahan di lokasi tanah mendap baharu berdekatan Pondon Polis Masjid India serta kawasan sekitarnya hari ini.

Tindakan itu sedang dilakukan bersama pihak Indah Water Konsortium (IWK)bagi memastikan tiada kerosakan lanjut.

Sebagai langkah keselamatan,kawasan kejadian juga telah ditutup menggunakan tali keselamatan dan penghadang air (water barrier).

Dalam kenyataan bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur,Datuk Seri TPr (Dr) Maimunah Mohd Sharif berkata pihaknya akan memastikan tindakan susulan berterusan dan menyeluruh dilaksanakan untuk mencegah kejadian serupa daripada berlaku di masa hadapan.

"Kami akan terus bekerjasama erat dengan Indah Water Konsortium serta agensi-agensi lain untuk memastikan tindakan susulan yang berterusan dan menyeluruh dilaksanakan untuk mencegah kejadian serupa daripada berlaku di masa hadapan. Keselamatan dan kesejahteraan warga Kuala Lumpur adalah keutamaan kami.

“DBKL akan terus memantau keadaan ini dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan awam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan kejadian tanah mendap berlaku kira-kira 20 meter (m) dari lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India sekitar 2.30 pagi tadi selepas hujan lebat dan ribut pada malam tadi.

Jumaat lepas,mangsa,Vijayaletchumy,48,dari India hilang dalam tanah jerlus selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari keenam hari ini.

BERITA BERKAITAN

Tanah mendap baharu di Jalan Masjid India sedalam dua kaki

Operasi SAR mangsa tanah jerlus bersambung pagi ini

Tanah jerlus: Tatu nama ibu jadi kenangan - Anak

Tanah jerlus Masjid India: Pasukan SAR guna kamera kesan mangsa

Tanah jerlus: Enam lurang kumbahan dibuka - Polis

Tanah jerlus: 'Manhole' penuh gas beracun - Bomba

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.