Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Pejabat AI Kebangsaan beroperasi November ini

2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Digital,Gobind Singh Deo/ Foto Bernama

KUALA LUMPUR,5 September - Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan bawah seliaan MyDigital Corporation akan mula beroperasi November ini,kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

"Semasa mesyuarat kabinet dua minggu lalu,kita telah meluluskan cadangan untuk menubuhkan pejabat AI kebangsaan ini.

"Diharapkan pejabat ini akan beroperasi pada bulan November nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat baru SAS Institute Sdn Bhd di Menara IQ di Tun Razak Exchange,di sini,hari ini.

Gobind berkata salah satu fokus utama Pejabat AI Kebangsaan adalah untuk merangka ekosistem yang memastikan Malaysia boleh menjadi hab AI di rantau ini.

"Ini termasuk menarik perhatian pelabur dari seluruh dunia untuk melihat Malaysia sebagai destinasi utama dalam pusat data dan ekosistem berkaitan.

"Kita melihat kepentingan teknologi baharu dan keperluan untuk mempersiapkan negara kita untuk teknologi ini. Dengan penubuhan pejabat AI kebangsaan ini,Malaysia telah mengambil langkah untuk memastikan kita menjadi peneraju dalam bidang ini di peringkat global," katanya.- Bernama

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.