Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah seiring pasaran tunai

2024-09-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,6 September - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar prestasi asas pasaran tunai.

Kontrak bulan semasa September 2024 dan Oktober turun 12.5 mata kepada 1,635.5 dan 1,638.5.

Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat pada 9,238 lot daripada 8,938 lot semalam manakala kepentingan terbuka naik kepada 55,697 kontrak daripada 53,580,sebelum ini.

Pada pukul 5.00 petang,FBM KLCI turun 11.70 mata atau 0.7 peratus kepada 1,653.12 daripada 1,664.82 yang dicatatkan semalam.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.