Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Perangi jenayah rentas sempadan, Malaysia tingkat kerjasama dengan ASEANAPOL

2024-09-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan pada Persidangan Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global Lianyungan (GPSCFL)

SHANGHAI,9 September- Kerjasama dengan Polis ASEAN (ASEANAPOL) perlu dipertingkat bagi memerangi jenayah transnasional di peringkat antarabangsa.

Ini terutama membabitkan jenayah pemerdagangan manusia,penyeludupan dadah,jenayah siber dan pengubahan wang haram.

Menurut Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,jenayah tersebut yang semakin merentasi sempadan,menimbulkan ancaman terhadap keselamatan dan kestabilan global.

"Sebagai contoh,untuk menangani pemerdagangan manusia dengan berkesan,kita mesti meningkatkan kerjasama antarabangsa melalui platform seperti ASEANAPOL untuk membangun dan melaksanakan strategi paling berkesan untuk memerangi isu serius ini.

"Jenayah ini selalunya dilakukan oleh sindiket antarabangsa,bukan organisasi tempatan yang terpencil. Adalah penting untuk kita mengiktiraf ini sebagai ancaman biasa dan bekerjasama untuk memeranginya.

"Menangani jenayah rentas negara memerlukan lebih daripada usaha nasional,ia memerlukan kerjasama antarabangsa yang kukuh. Agensi penguatkuasaan undang-undang,kerajaan dan organisasi antarabangsa mesti berkongsi risikan,mengukuhkan rangka kerja undang-undang dan membina kapasiti untuk menangani ancaman rentas sempadan ini dengan berkesan," katanya.

Tegas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid,apabila penjenayah mengeksploitasi teknologi moden dan laluan perdagangan global,tindak balas segera perlu diambil.

Ia memerlukan kerjasama antarabangsa yang kuat meliputi agensi penguatkuasaan,kerajaan dan antarabangsa.

"Kami tidak mampu untuk bekerja secara berasingan. Kita perlu melabur dalam teknologi canggih,meningkatkan perkongsian maklumat rentas sempadan dan membina perkongsian yang kukuh untuk menentang rangkaian jenayah ini,yang menjana antara AS$1.6 trilion dan AS$2.2 trilion setiap tahun.


"Kita mesti membongkar rangkaian mereka dan memantau secara berterusan untuk sebarang tanda kebangkitan semula," katanya ketika berucap pada Persidangan Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global Lianyungang (GPSCFL).

Persidangan bertemakan Win-win Cooperation Under Significant Changes: Building A Global Community of Common Public Security itu mengumpulkan pemimpin antarabangsa untuk menangani masalah keselamatan awam.

Sementara itu,Datuk Seri Ahmad Zahid turut memaklumkan,Malaysia menggalakkan polis antarabangsa (INTERPOL) melabur untuk memiliki peralatan yang lebih canggih.

Jelasnya,langkah itu bagi memastikan pihak berkuasa berkenaan kekal sebagai barisan hadapan memerangi jenayah terancang terutama keganasan. Beliau berkata,adalah penting tahap keselamatan itu diimbangi dengan menghormati kebebasan sivil.

"Melaksanakan mekanisme global dengan pengecaman muka definisi tinggi dan teknologi CCTV canggih boleh meningkatkan pencegahan jenayah secara drastik.

"Usaha itu dapat mengurangkan masa tindak balas dan meningkatkan ketepatan. Inovasi sedemikian adalah penting untuk membendung jenayah dengan berkesan.

"Mengukuhkan mekanisme penyelarasan juga antara langkah boleh diambil. Ini melibatkan kerjasama lebih erat antara agensi kerajaan,penguatkuasaan undang-undang,organisasi komuniti,dan rakan kongsi sektor swasta. Penyelarasan yang berkesan membolehkan kita menangani ancaman keselamatan dengan lebih cekap dan tepat." katanya.

Timbalan Perdana Menteri turut memuju INTERPOL atas usaha cemerlang memerangi jenayah. Dedikasi yang ditunjukkan itu dapat melindungi negara daripada pelbagai ancaman.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.