Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Anwar terima kunjungan Ketua Perwakilan Diplomatik baharu

2024-09-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,9 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada enam Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang baharu.

Ketua Perwakilan tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi ke Brunei Darussalam,Datuk Mohd Aini Atan; Duta Besar ke Sweden,Sarimah Akbar; Duta Besar ke Qatar,Faizal@Mohd Faizal Razali; Duta Besar ke Emiriah Arab Bersatu,Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin; Duta Besar ke Peru,Ahmad Irham Ikmal Hisham; dan Pesuruhjaya Tinggi ke Bangladesh,Mohd Shuhada Othman.

Dalam pertemuan itu,Perdana Menteri menegaskan bahawa Ketua Perwakilan Diplomatik mempunyai tanggungjawab besar untuk memelihara dan memperjuangkan kepentingan negara.

Beliau turut menekankan keutamaan Kerajaan MADANI dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi melalui perdagangan dan pelaburan luar yang berkualiti tinggi,serta menyeru mereka supaya mengambil peranan proaktif dalam menarik pelaburan dan perdagangan penting bagi memacu ekonomi negara.

"Syabas dan tahniah saya ucapkan atas pelantikan ini dan semoga mereka menggalas tanggungjawab dan amanah ini dengan penuh tekad dan keazaman," kata Anwar menerusi Facebook beliau sebentar tadi.

Keenam-enam mereka menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong pada 27 Ogos lalu dan akan memulakan tugas di negara penempatan masing-masing.


Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.