Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Belanjawan 2025: Sektor perbankan yakin kerajaan sokong B40, SME

2024-09-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Gambar hiasan/Foto BERNAMA

PASIR MAS,8 September – Bank Simpanan Nasional (BSN) yakin kerajaan akan terus memberikan bantuan kepada golongan B40 serta peniaga kecil dan sederhana (SME) dalam Belanjawan 2025.

Pengerusinya,Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata pelbagai inisiatif diberikan kerajaan dalam Belanjawan 2024.

Katanya,ini dengan peranan BSN dalam menyalurkan bantuan kepada peniaga kecil dan sederhana,yang mana BSN kini menguasai 60 peratus segmen Pembiayaan Mikro SME.

Selain itu,BSN juga dilantik sebagai ejen untuk pengagihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

"Saya yakin kerajaan akan terus membantu golongan B40 dan peniaga kecil,seperti yang telah dilakukan menerusi pelbagai inisiatif sebelum ini,termasuk BSN sebagai ejen pengagihan bantuan," kata beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya sedang memperkemaskan gerak kerja terutama di peringkat barisan hadapan,bagi memastikan pembiayaan yang diberikan dimanfaatkan sepenuhnya oleh penerima.

Dalam perkembangan lain,Awang turut menyatakan hasrat BSN untuk mendekati komuniti Orang Asli dalam usaha memupuk kesedaran tentang kepentingan menyimpan di institusi kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.