Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Lelaki ditahan, jadikan stor tempat kumpul minyak

2024-09-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan

ALOR SETAR,11 September-Sebuah bengkel mengecat kenderaan di Jalan Sintok,Kubang Pasu,Kedahdiserbu Isnin lalu kerana menjadikan stor sebagai tempat pengumpulan minyak petrol secara haram.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah,Muhammad Nizam Jamaludin,serbuan berkenaan membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 40-an.

Suspek menggunakan kereta yang disita untuk membuat pembelian minyak di stesen minyak.

"Serbuan dibuat anggota penguat kuasa; hasil risikan selama tiga minggu ke atas bengkel terbabit.

"Lelaki yang disyaki pemilik bengkel terbabit ditahan bersama-sama sebuah kereta,enam unit tong drum,peralatan memindah barang kawalan dan 1,200 liter minyak petrol tanpa lesen atau permit yang sah.

"Minyak petrol yang ditemukan berjumlah RM2,460 disita bersama-sama barangan lain dengan jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan bernilai RM7,860," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122].

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.