Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil

2024-09-12 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,12 September- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil pada Khamis,disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM19.6 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam pada RM23.63 bilion.

Bank pusat itu akan menawarkan dua tender repo berbalik merangkumi tender RM3 bilion selama 32 hari dan tender RM1 bilion bagi tempoh 91 hari.

BNM turut menawarkan tender repo berbalik semalaman sebanyak RM4 bilion bagi tempoh sehari dan tender repo berbalik Islam (SBBA) bernilai RM100 juta selama 32 hari.

Selain itu,ia juga mengumumkan ketersediaan perjanjian repo berbalik,jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM27.6 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM23.7 bilion.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.