Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Manfaatkan teknologi AI, pendekatan terbaik atasi kesesakan di lebuh raya

2024-09-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Ahmad Maslan pada sidang media Program Konsesi Lebuh Raya (HCC) di Johor Bahru / FOTO RTM

JOHOR BAHRU,17 Sepember- Faktor pertambahan bilangan kenderaan tidak wajar dijadikan alasan kepada kesesakan lalu lintas di lebuh raya,sebaliknya isu tersebut perlu diselesaikan menerusi pendekatan tertentu dan penggunaan teknologi.

Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Ahmad Maslan berkata,antara pendekatan yang mampu menyelesaikan isu tersebut,adalah menambah bilangan dan jarak pengoperasian Smart Lane.

Katanya ketika ini,terdapat 18 Smart Lane yang beroperasi di lebuh raya seluruh negara.

Selain itu,pembukaan Laluan Keluar Wajib,atau `Compulsory Exit’ dilihat dapat mengatasi kesesakan lalu lintas,terutama ketika berlaku kemalangan.

"Saya ingin PLUS dan konsesi lebuh raya yang lain menggunakan teknologi moden seperti AI,bagaimana cara kita atasi kesesakan,terutama apabila cuti lebih dua hari,hujung minggu,memang sesak,"katanya.

Beliau juga mahu pihak berkaitan untuk memperhebat promosi perkhidmatan My Travel Time Advisory (TTA) yang dibangunkan PLUS,bagi membolehkan pengguna lebuh raya mengetahui waktu paling sesuai untuk ke destinasi.

Sementara itu,Ahmad Maslan memakluman kementeriannya berharap Kementerian Kewangan dapat memberi peruntukan untuk memperluas projek penambahan lorong Lebuh Raya Utara Selatan di Johor,menjelang Belanjawan 2025 yang akan diumum pada bulan depan.

Beliau berkata,sekiranya peruntukan disediakan,ia akan digunakan untuk meneruskan Fasa Tiga projek berkenaan,melibatkan kawasan Simpang Renggam ke Ayer Hitam,seterusnya ke kawasan lain.

Ketika ini,sebahagian daripada projek Fasa Tiga tersebut dicadang untuk dijalankan,menggunakan baki daripada peruntukan Fasa Dua,iaitu kira-kira RM426 juta.

Baki tersebut diperoleh susulan penilaian dijalankan terhadap peruntukan awal RM931 juta yang diterima untuk Fasa Dua.

"Saya dengan ini memohon buat Kerajaan Johor dan rakyat negeri Johor,LLM dan KKR,daripada Kementerian Kewangan,agar dapat kiranya permohonan kami rakyat negeri Johor ini diterima,harapan kita Fasa 3 ini dibesarkan,"katanya.

Sebelum ini,KKR telah mengumumkan Fasa Pertama bagi projek tersebut,bernilai RM525 juta,melibatkan kawasan Senai Utara ke Sedenak,manakala Fasa Dua bernilai RM505 juta,melibatkan kawasan Sedenak ke Simpang Renggam.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menghadiri Program Konsesi Lebuh Raya (HCC) di Johor Bahru,bersama-sama penaung program berkenaan,Datuk Seri Hasni Mohammad.

Program berlangsung selama tiga hari,melibatkan 300 peserta berkongsi ilmu dengan pakar,serta membincangkan pendekatan untuk menambahbaik pembangunan dan pengurusan lebuh raya bertol negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.