Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Air pasang besar Pulau Pinang : Air laut melimpah masuk ke medan selera

2024-09-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Air pasang tinggi menyebabkan air laut melimpah sehingga memasuki medan selera

GEORGE TOWN,18 September- Pertembungan angin kencang dan air pasang tinggi menyebabkan air laut melimpah masuk ke medan selera di sepanjang persisiran pantai Pulau Pinang.

Situasi ini berikutan paras air laut direkodkan pada paras 1.8 hingga 2 meter.

Antara kawasan yang terjejas ialah Medan Renong di Padang Kota,Bagan Ajam di Butterworth dan Pantai Teluk Bayu di Bayan Lepas.

Menurut kenyataan Datuk Bandar Pulau Pinang,Datuk Ir. A. Rajendran,rekod daripada stesen cuaca Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menunjukkan,bacaan purata hujan sebanyak 39.5 milimeter sehari.

Manakala kelajuan angin direkodkan mencapai 63 kilometer per jam antara 15 hingga 17 September 2024.

Sepanjang tiga hari berkenaan,MBPP menerima hampir 200 aduan berkaitan pokok tumbang akibat cuaca buruk.

Berikutan itu,Skuad Pantas MBPP diarah bersiap siaga menghadapi perubahan cuaca di bahagian dalam pulau.

Arahan dikeluarkan berikutan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi wilayah utara sehingga eok.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.