Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Malaysia kemuka pandangan mengenai keselamatan Laut China Selatan

2024-09-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Adly Zahari

KOTA BHARU,19 September- Malaysia sudah mengemukakan pandangan berhubung isu keselamatan Laut China Selatan susulan konflik sempadan di perairan berkenaan.


Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata,pandangan tersebut disuarakannya dalam satu forum di Beijing,China baru-baru ini yang menggariskan empat perkara utama.

Eleman terbabit termasuk pendirian Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan sempadan serta memperjuangkan kebebasan dan keselamatan Laut China Selatan bagi tujuan ekonomi perdagangan.

"Kalau ada isu berbangkit konflik dan seumpamanya Malaysia memang sentiasa melihat bahawa melalui kaedah diplomasi,perbincangan,dialog dan juga bilateral antara negara harus menjadi mekanisme untuk menyelesaikan masalah," katanya.

Menurut beliau lagi,hubungan antara Malaysia dan China sangat baik malah sudah menjangkau 50 tahun maka tiada masalah sekiranya sebarang isu mampu diselesaikan menerusi diplomasi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan geran SPKLB bernilai lebih RM100,000 kepada 21 usahawan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kelantan di Kota Bharu.

Dalam perkembangan lainKementerian Pertahanan menerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) telah membantu seramai 119 usahawan veteran ATM seluruh negara bagi meningkatkan hasil pendapatan perniagaan mereka.


Bantuan diberikan dalam bentuk geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) dengan nilai keseluruhan berjumlah RM595,000 menerusi Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM).

Adly berkata,pihaknya menyasarkan untuk membantu seramai 200 usahawan menerusi program sama sebelum akhir tahun ini.


"Kita akan ada beberapa negeri yang kita akan kunjungi bagi memastikan sasaran dapat dicapai pada tahun ini.

"Pada masa sama kita melalui PERHEBAT akan memperkukuhkan lagi banyak segmen keusahawanan melibatkan veteran termasuk dari segi pertanian," katanya.

Mengulas lanjut,Adly memaklumkan sebanyak 57 permohonan geran dibuat usahawan veteran ATM di Kelantan,namun hanya 21 yang diluluskan,manakala bakinya mungkin berdepan beberapa masalah.


Sementara itu,beliau menggesa persatuan veteran ATM yang belum berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV),supaya segera berbuat demikian.


Pihaknya juga sedang membuat penilaian dan penstrukturan semula terhadap persatuan veteran bagi memudahkan urusan penyaluran dana serta bantuan berkaitan.

Majlis itu turut dihadiri Panglima Briged Kelapan Infantri Brig Jen Muzamil Ali.


Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.