Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Didakwa campur tangan siasatan SPRM, Anwar serah pada PDRM

2024-10-15 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,15 Oktober - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada polis berhubung dakwaan agensi berita antarabangsa mengenai campur tangan beliau dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Oleh itu,Anwar berkata polis telah mengambil langkah dengan memanggil wakil Bloomberg mengenai dakwan itu agar menjalankan siasatan dengan adil.

"SPRM sendiri sudah membuat kenyataan yang tegas menafikan tomahan tersebut kerana apa yang berlaku adalah arahan umum yang saya lakukan di Parlimen.

"Saya mahu SPRM,Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),PDRM dan badan-badan penguatkuasa bertindak tegas memerangi rasuah tanpa tolak ansur dan memerangi jenayah dengan tegas.

"Ini arahan diberikan,tapi tidak melibatkan kes-kes khusus kerana SPRM seperti Jabatan Peguam Negara bertindak bebas dan telus tanpa rasa takut atau pilih kasih ('without fear or favour')," katanya yang menjawab soalan ahli Parlimen Pasir Mas,Ahmad Fadhli Shaarimengenai tindakan perundangan ke atas Bloomberg berhubung dakwaan campur tangan Anwar dalam siasatan SPRM di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Anwar,PDRM sedang meneliti laporan yang diterima pada 1,8,dan 11 Oktober lalu dan tindakan berdasarkan hasil laporan.

Katanya,sekiranya didapati kesalahan nyata,bergantung kepada keputusan Peguam Negara untuk mendakwa.

Bloomberg sebelum ini,melaporkan Anwar meminta SPRM tidak menyiasat Farhash berhubung kes pembelian saham bernilai jutaan ringgit.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.