Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Tawar aktiviti persundalan, 209 premis di Kuala Lumpur diserbu - Dr. Zaliha

2024-10-17 HaiPress

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Dr. Zaliha Mustafa/BERNAMA

KUALA LUMPUR,17 Oktober- KL Strike Force serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyerbu 209 buah premis di ibu negara yang menawarkan perkhidmatan persundalan sejak ia ditubuhkan pada Mei hingga 30 September lepas.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Dr. Zaliha Mustafa,daripada jumlah itu,sejumlah 149 orang warga tempatan ditahan serta 632 lagi melibatkan warganegara asing.

"Tindakan pembanterasan giat dijalankan bagi menyekat aktiviti persundalan terutama di kawasan yang dikenal pasti berpotensi menawarkan aktiviti ini."

"Tiada tindakan pilih kasih,sama ada penawaran persundalan golongan elit mahupun golongan bawahan akan diambil tindakan yang sama," kata Dr. Zaliha di Parlimen,hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Wangsa Maju,Zahir Hassan.

Mengulas lanjut,sebanyak empat siri operasi telah dibuat melibatkan premis perniagaan warga asing,setakat September lalu.

Sebanyak 11 premis perniagaan telah dipantau dan daripada jumlah tersebut,sebanyak empat buah premis telah diambil tindakan tutup serta-merta ekoran dikendalikan sepenuhnya oleh warga asing.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.