Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Fenomena 'Supermoon': Pusat penyelarasan banjir dibuka

2024-10-17 HaiPress

Foto RTM

BATU PAHAT,17 Oktober -Sebuah pusat penyelarasan dibuka sebagai persediaan menghadapi fenomena 'Bulan Penuh' atau 'Supermoon' yang dikhuatiri menyebabkan bencana banjir.

Inisiatif itu dibuat Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah seiring fenomena diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) berlaku semasa cuaca hujan lebat berterusan.

ADUN Semerah Mohd Fared Mohd Khalid berkata,paras air laut dijangka akan berada pada tahap lebih tinggi berbanding kebiasaan,semasa fenomena tersebut berlaku.

Justeru penduduk di kawasan tanah rendah perlu bersiap siaga menghadapi sebarang bencana.

Selain itu,Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK),penghulu bersama semua ketua kampung,telah diletakkan dalam mod siap sedia,bagi menghadapi bencana tersebut.

Fenomena 'Supermoon' merujuk kepada bulan baru atau bulan purnama yang tercipta pada 90 peratus perigee,atau titik kedudukan antara bumi dan orbit tertentu.

Fenomena ini berlaku apabila bulan mendekati bumi pada jarak sekitar 360,000 kilometer.

Bulan akan kelihatan lebih besar dan terang daripada biasa ketika fenomena tersebut berlaku.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.