Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Pasaran getah ditutup bercampur-campur

2024-10-17 HaiPress

Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur di tengah-tengah petunjuk yang agak lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,16 Oktober - Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur di tengah-tengah petunjuk yang agak lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau.

Seorang peniaga memberitahu Bernama,sentimen pasaran terjejas akibat kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi China selepas keyakinan daripada langkah rangsangannya mula pudar selain pengukuhan ringgit berbanding dolar US .

Menurut tinjauan Reuters,ekonomi China diunjurkan berkembang sebanyak 4.8 peratus pada 2024,bagaimanapun ia meleset daripada sasaran,dengan pertumbuhan berpotensi semakin perlahan kepada 4.5 peratus menjelang 2025.

Ini memberikan tekanan kepada pembuat dasar untuk mempertimbangkan langkah-langkah rangsangan tambahan.

Bagaimanapun,peniaga itu berkata kerugian selanjutnya telah dihadkan apabila harga minyak mula stabil selepas kerugian semalaman di tengah-tengah pengurangan bekalan getah asli global dan jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selanjutnya.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga SMR 20 turun lapan sen kepada 869 sen sekilogram manakala lateks pukal naik setengah sen kepada 756.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang,SMR 20 berada pada 857.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 756 sen sekilogram.-BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.