Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Belanjawan 2025: Pertumbuhan lebih inklusif, kekal tanggungjawab fiskal

2024-10-20 HaiPress

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR,19 Oktober - Institusi kewangan tempatan menyifatkan Belanjawan 2025 sebagai langkah ke arah pertumbuhan lebih inklusif dan mampan,pada masa sama mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.

Menurut Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) langkah utama yang diambil termasuk perbelanjaan pembangunan yang kukuh berjumlah RM86 bilion,bagi mengurangkan defisit fiskal kepada 3.8 peratus tahun hadapan.

Bank Islam turut menyokong pengumuman dana RM100 juta untuk memacu inovasi dalam kewangan Islam.

Sementara itu CIMB Bank Berhad (CIMB) berpandangan,pengenalan cukai karbon dan dividen serta peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) adalah langkah berani kerajaan dalam mengembangkan asas cukai secara kreatif.

Peningkatan pengecualian duti setem untuk perusahaan mikro kecil dan sederhana serta RM650 juta untuk wanita dan usahawan belia langkah strategik yang sejajar dengan komitmen MBSB Bank untuk memperkasa perniagaan.

Sementara itu,Maybank menyatakan peruntukan RM20 juta kepada Pusat Tindak Balas Penipuan Nasional dan pelancaran Portal Penipuan Nasional merupakan inisiatif penting untuk memperkukuh keselamatan digital dan pencegahan penipuan.

Kumpulan Affin turut menyokong penuh usaha Kerajaan memacu pertumbuhan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) melalui kemudahan pinjaman dan pembiayaan bersasar berjumlah lebih RM40 bilion.

Bank Pembangunan Malaysia Berhad sedia menggalas mandat dan peruntukan RM6.4 bilion diperuntukkan bagi pembiayaan bersasar projek-projek pembangunan berimpak tinggi melalui tujuh program strategik.

Ini termasuk,Program Pembangunan MADANI serta Program Pengangkutan dan Logistik.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.