Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

MAIWP peruntuk lebih RM114 juta, skim bantuan zakat pendidikan

2024-10-21 HaiPress

Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer bergambar bersama penerima bantuan komputer riba pada Majlis Pelancaran Skim Bantuan Komputer Riba MAIWP Tahun 2024M di Kuala Lumpur/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,21 Oktober- Majlis Agama Islam Persekutuan (MAIWP) telah memperuntukkan lebih RM114 juta melibatkan 12 skim bantuan zakat pendidikan bermula peringkat persekolahan hingga ke institusi pengajian tinggi (IPT) sepanjang tahun 2024.

Pengerusinya,Kamarulzaman Syed Kabeer berkata,daripada jumlah itu,lebih RM87 juta telah diagihkan menerusi skim bantuan di bawah kluster pendidikan tersebut.

"Alhamdulillah juga MAIWP telah mengagihkan dana zakat berjumlah RM827 juta sehingga Oktober tahun ini dengan pelbagai inisiatif dan juga bantuan kepada asnaf yang memerlukan.

"Ini merupakan di antara 38 skim bantuan yang MAIWP ada. Ini merupakan bantuan yang khas yang mula kita adakan pada tahun ini",katanya kepada media selepas melancarkan Skim Bantuan Komputer Riba 2024 di ibu negara.

Menerusi skim ini,lebih RM3.4 juta dana zakat dibelanjakan untuk manfaat 904 mahasiswa anak-anak asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Putrajaya dan Labuan.

MAIWP menyasarkan seramai 2,000 penerima Skim Bantuan Komputer Riba setahun.

Justeru,anak-anak asnaf yang ingin memohon boleh melayari laman sesawang MAIWP untuk mengetahui prosedur dan syarat-syarat kelayakan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.