Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Anugerah Perhubungan Awam tarik lebih 200 penyertaan

2024-10-23 HaiPress

Barisan pemenang Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) kali ke-15 pada tahun lalu/Foto PRCA

KUALA LUMPUR,22 Oktober – Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) kali ke-16 menarik lebih 200 penyertaan daripada agensi perhubungan awam di seluruh negara menerusi 12 kategori yangdianjurkan oleh Persatuan Perhubungan Awam dan Komunikasi Malaysia (PRCA).

Ketua Hakim MPRA,Stefanie Braukmann berkata anugerah ini terus menjadi tanda aras kecemerlangan dalam mengiktiraf karya cemerlang dalam industri perhubungan awam melibatkan sektor swasta dan awam,serta institusi pendidikan tinggi.

"Tahun ini,MPRA telah menerima penyertaan yang sangat tinggi,hampir 200 penyertaan secara keseluruhan. Daripada jumlah itu,lebih daripada 100 penyertaan daripada agensi-agensi perhubungan awam dan pengamal industri yang bertanding dalam kategori tradisional,termasuk kategori yang paling berprestij seperti 'Kempen Terbaik Tahun Ini'.

"Ini menunjukkan komitmen kami untuk meraikan peranan penting media dalam membentuk pendapat umum dan meningkatkan standard kewartawanan di Malaysia," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Pada tahun ini,dua kategori baharu diperkenalkan,iaitu Anugerah Media bagi menghargai pencapaian luar biasa dalam media cetak,dalam talian,dan penyiaran.

Pelajar komunikasi juga diberi peluang untuk menyerlahkan bakat muda mereka dalam kategori Persuasive Pen Prize.

Dalam pada itu,sidang Kemuncak PR Malaysia 2024 turut diadakan pada 28 November,dengan tema “Communicating for a Better Malaysia: Reset,Reframe,Reimagine”bertujuan memacu strategi komunikasi untuk membina negara yang lebih kukuh dan bersatu.

Para pemenang anugerah akan diumumkan dalam majlis gala pada 29 November depan.


Pada MPRA tahun lalu,Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerima Anugerah Kepimpinan Persatuan Perhubungan dan Komunikasi Awam Malaysia (PRCA) 2023.


Ia sebagai penghormatan dan mengiktiraf sumbangan RTM kepada landskap penyiaran negara serta pencapaian cemerlangnya sejak tahun 1946.

Anugerah MPRA sebagai platform untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam kempen perhubungan awam,melibatkan agensi perunding serta pengamal perhubungan awam dalaman.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.