Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Perhilitan tangkap beruang matahari jantan di Gua Musang

2024-10-23 HaiPress

Pengarah Perhilitan Kelantan,Mohamad Hafid Rohani/ BERNAMA

GUA MUSANG,23 Oktober- Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor beruang matahari jantan dalam satu operasi dekat Kampung Dalam Senduk,Jerek di sini semalam.

Pengarahnya Mohamad Hafid Rohani berkata beruang terbabit berkemungkinan haiwan sama yang menyebabkan kematian seorang lelaki di Kampung Dalam Senduk pada 8 Sept lepas.

"Tujuh anggota Perhilitan Gua Musang dan tiga anggota Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Gua Musang mendapati seekor beruang matahari jantan dewasa masuk ke dalam perangkap yang dipasang pihaknya lebih kurang 900 meter dari lokasi kejadian bulan lepas.

"Hasil pemeriksaan mendapati haiwan itu cedera di muka,mulut dan tangan. Rawatan awal telah dilakukan dan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC),Sungkai,Perak untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berharap dengan tangkapan haiwan itu dapat meredakan kegusaran penduduk kampung namun perlu sentiasa berwaspada dan keluar ke kawasan kebun secara berkumpulan serta tidak melakukan provokasi jika terserempak hidupan liar.

Pada 14 September lepas,Muhamad Zaki Che Mohamed,33,meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian selepas hampir seminggu bertarung nyawa dipercayai diserang beruang sehingga meninggalkan kesan koyakan pada kepala,kaki dan mata akibat cakaran haiwan liar itu. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.