Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

KCCM 2024 tawar 200 pakej pelancongan dalam negara

2024-10-26 HaiPress

Khairul Firdaus Akbar Khan

KUALA LUMPUR,25 Oktober- Karnival Cuti-Cuti Malaysia (KCCM) 2024 menawarkan lebih 200 pakej pelancongan dalam negara sebagai usaha mengajak semua individu bercuti di dalam negara.

Timbalan Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya,Khairul Firdaus Akbar Khan berkata,Tourism Malaysia melancarkan karnival itu bertemakan 'Crafting Holidays' bagi memberi peluang kepada pengunjung memanfaatkan tawaran pakej istimewa pada pameran berkenaan.

"Tahun ini kementerian telah menetapkan sasaran seramai 221 juta pelawat domestik dengan jangkaan perbelanjaan domestik sebanyak RM93 bilion.

"Setakat Januari sehingga Jun 2024,prestasi pelancongan domestik merekodkan perkembangan yang cukup positif apabila berjaya mencatatkan 127 juta pelawat domestik dengan perbelanjaan pelancongan domestik sebanyak RM53 bilion," katanya.

Beliau menjelaskan demikian dalam ucapan perasmian Karnival Cuti-Cuti Malaysia (KCCM) 2024 di ibu negara.

Dalam pada itu angka itu disasarkan akan terus meningkat kepada 241 juta pelawat pada tahun 2025 dan seterusnya kepada 261 juta orang pada tahun 2026 dengan jangkaan perbelanjaan pelancongan domestik mencecah RM115 bilion.

KCCM 2024 bermula pada 25 sehingga 27 Oktober menawarkan pelbagai aktiviti kraf,seni,budaya dan warisan tempatan untuk merancakkan pelancongan domestik sekali gus meningkatkan jumlah ketibaan pelancong menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.