Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Pasaran getah ditutup bercampur-campur seiring niaga hadapan serantau

2024-10-26 HaiPress

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,25 Oktober - Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat,mengambil petunjuk daripada pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur,kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran disokong oleh kenaikan harga minyak mentah,daya tahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan berterusan mengenai kekurangan bekalan getah asli global.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan AS mencatatkan kenaikan kecil pada 47.8,manakala PMI perkhidmatannya,penunjuk kritikal kesihatan sektor perkhidmatan AS,menunjukkan sedikit peningkatan pada 55.3.

"Namun begitu,kenaikan selanjutnya dihadkan oleh prestasi ekonomi China yang bercampur-campur dan ringgit yang lebih kukuh sedikit berbanding dolar AS,ditambah pula dengan konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah," katanya kepada Bernama.

Menurut peniaga itu,harga minyak kukuh pada Jumaat,dan berada di landasan untuk peningkatan mingguan lebih daripada satu peratus berikutan ketegangan di Timur Tengah,rantau pengeluar minyak utama dunia dan penyambungan semula rundingan gencatan senjata Gaza dalam beberapa hari lagi meresahkan peniaga.

Sementara itu,beliau berkata niaga hadapan getah Jepun susut untuk sesi ketiga berturut-turut pada Jumaat dan berkemungkinan berhadapan penurunan mingguan,memandangkan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan mereda susulan prospek keadaan cuaca yang lebih baik di negara pengeluar utama Thailand.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat 0.5 sen kepada 862.5 sen sekilogram,manakala lateks pukal susut sebanyak 1.0 sen kepada 750 sen sekilogram.

Pada 5 petang,SMR 20 berada pada 855.0 sen sekilogram,manakala lateks pukal pada 746.5 sen sekilogram. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.