Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Program 'AI 4 Belia' lahirkan belia celik teknologi

2024-10-27 HaiPress

Menteri Sains,Teknologi dan Teknologi,Chang Lih Kang semasa memberi ucapan perasmian Program AI 4 Belia/ Foto UPSI

TANJUNG MALIM,26 Oktober- Penganjuran program 'AI 4 Belia' dilihat sebagai platform kepada belia untuk membudayakan Sains,Teknologi dan Inovasi (STI) terutamanya penggunaan kecerdasan buatan (AI) terutama mendepani cabaran masa depan.

Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata,Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan dan melahirkan belia celik teknologi terutamanya dalam AI berikutan penggunaannya menjadi pemudah cara menjalani kehidupan,melaksanakan kerja seharian dan berinteraksi antara satu sama lain.

"Melalui program yang diadakan pada hari ini dengan kerjasama Syarikat Pixlr akan berupaya meningkatkan kesedaran belia tentang kepentingan AI,menggalakkan penggunaan AI dan memperkasakan kemahiran belia dalam AI.

"Belia merupakan pelapis dalam membangunkan Malaysia pada masa akan datang,yang juga perintis kepada pekerjaan masa hadapan dalam bidang seperti Kejuruteraan Kecerdasan Buatan,Robotik,Anggota Keselamatan Maya (Cyber Security Agent),Teknologi Blockchain dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Artificial Intelligence (AI) 4 Belia yang diadakan di Dewan Sri Tanjung,Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini.

Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang (tengah,depan),Naib Canselor UPSI,Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff (baju biru) bersama-sama barisan pengurusan Syarikat Pixlr,pengurusan UPSI serta belia/ Foto UPSI
Penggunaan AI juga dapat membantu belia untuk meneruskan kerjaya sebagai usahawan inovasi atau tekno usahawan.Sementara itu,Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berharap agar belia khususnya mahasiswa UPSI mengambil peluang menggunakan AI sebagai medium untuk memajukan dan meningkatkan potensi diri supaya boleh bersaing dalam pasaran kerja."UPSI menerusi Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (META) dan Fakulti Seni,Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) juga sedang giat melaksanakan program-program berkaitan AI untuk produktiviti dalam pekerjaan yang dilaksanakan di Ruang Daya Cipta (RDC) Tanjong Malim bagi menyokong penggunaan AI dalam kalangan belia di Tanjong Malim."UPSI memandang tinggi dan sentiasa berhasrat tinggi untuk membantu pihak MOSTI dalam memperkasakan bidang Sains,Teknologi dan Inovasi pada masa yang akan datang," katanya.Selain itu permulaan Program AI 4 Belia akan dilaksanakan secara fizikal di Tanjong Malim dan akan diperluaskan ke tempat-tempat lain.Program anjuran MOSTI itu juga mendapat kerjasama antara UPSI dan Syarikat Pixlr melibatkan penyertaan lebih daripada 100 belia.Majlis berkenaan turut dihadiri Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI,MOSTI,Tuan Abdullah Daud; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPSI,Prof Dr. Suriani Abu Bakar; CEO Pixlr Group,Warren Leow Jia En; Pegawai Lapangan Pejabat Daerah dan Tanah Muallim,Mohamed Ehsan Abdul Rashid serta Dekan,Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi,Prof Madya Dr. Ing Maizatul Hayati Mohamed Yatim.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.