Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

KKM tubuh dua jawatankuasa, pastikan status kesihatan Orang Asli

2024-10-28 HaiPress

Foto RTM

KUALA LUMPUR,28 Oktober - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan dua jawatankuasa bagi terus memastikan status kesihatan Orang Asli setara dengan populasi umum Malaysia.

Menurut Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad jawatankuasa ini akan merangka strategi dan intervensi mengurangkan jurang penentu sosial kesihatan (SDH) Orang Asli melalui peningkatan status sosial,ekonomi dan pendidikan.

"Dua Jawatankuasa Kerja peringkat Kementerian akan ditubuhkan,iaitu Jawatankuasa Pemandu Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli dan Jawatankuasa Teknikal Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli.

"Ia dianggotai oleh Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah dari 18 kementerian dan agensi yang berkaitan,termasuklah wakil masyarakat Orang Asli di dalam kedua-dua jawatankuasa tersebut," katanya ketika berucap bersempena majlis pelancaran hasil dapatan Tinjauan Kesihatan Orang Asli 2022 di Parlimen.

Jelasnya,KKM juga akan membangunkan Pelan Strategik Kebangsaan Orang Asli yang berasaskan kepada SDH bagi menangani isu kesihatan berdasarkan dapatan tinjauan tersebut.

Pelan strategik itu yang akan dikenali sebagai “Agenda Orang Asli Sihat Sejahtera”,bakal dibangunkan dengan penglibatan dan kerjasama dari pelbagai kementerian dan agensi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.