Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

RUU Majlis Media akan dibentang pada sidang Parlimen ini

2024-10-28 HaiPress

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil,mengunjungi dan menyampaikan bantuan Deepavali menerusi Tabung Kasih@Hawana kepada Batemaly A/L Sellamberam,bekas petugas media Tamil Nesan,di Batu Caves/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,28 Oktober- Rang Undang-undang (RUU) Majlis Media Malaysia dijangka akan dibentangkan pada bacaan pertama Dewan Rakyat kali ini.

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil menjelaskan pembentangan rang undang-undang tersebut ditangguhkan berikutan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) memohon agar ia melalui proses Analisis Impak Peraturan (RIA) terlebih dahulu.

"Tapi setelah kita tegaskan ada pasukan protem jawatankuasa yang telah membantu untuk melakukan perbincangan awal,memberi maklum balas dan terlibat dalam proses membentuk rang undang-undang ini akhirnya mereka bersetuju",katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi dan menghulurkan bantuan kepada dua veteran media beragama Hindu sempena sambutan Deepavali di Batu Caves,Selangor.

Inisiatif tersebut merupakan usaha meringankan beban petugas media yang mengalami keuzuran atau memerlukan bantuan menerusi Tabung Kasih @ Hawana.

Dua veteran iaitu bekas wartawan Tamil Malar,Saraspathy Ramasamy dan bekas pembaca pruf Tamil Nesan,Batemaly Sellamberam merupakan antara 164 rakan media yang menerima manfaat daripada tabung itu sejak diperkenalkan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.