Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Ringgit dibuka tidak berubah ketika pelabur berhati-hati terhadap risiko pilihan raya AS

2024-11-01 HaiPress

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR,1 November - Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS hari ini berikutan risiko yang akan muncul menjelang pilihan raya Amerika Syarikat (AS) minggu depan yang menyebabkan pelabur berhati-hati.

Pada 8 pagi,mata wang tempatan kekal tidak berubah kepada 4.3755/3805 berbanding dolar AS,kekal stabil sejak ditutup pada Rabu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes mengulas mengenai pergelutan ringgit baru-baru ini dan katanya kebimbangan sebelum pilihan raya telah mengakibatkan pelabur resah.

"Pilihan raya AS yang akan datang kekal sebagai faktor risiko utama,dengan keputusan pilihan raya yang tidak boleh dijangka,mencetuskan potensi yang tidak menentu di pasaran tukaran asing,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata data ekonomi AS baru-baru ini dijangka menambah tekanan terhadap ringgit hari ini,terutama memandangkan jangkaan kepada penurunan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed).

Perubahan ini menyusuli keluaran data inflasi AS yang kukuh,menunjukkan daya tahan yang lebih besar berbanding jangkaan.

Menurut laporan,kadar inflasi AS berada pada 2.1 peratus pada September,paras terendah sejak awal 2021 dan melebihi sasaran 2 peratus Fed.

“Faktor yang tidak dapat dijangka hari ini adalah laporan senarai gaji bukan ladang (NFP).

"Memandangkan mogok pekerja baru-baru ini dan gangguan berkaitan taufan,NFP mungkin berprestasi rendah,yang seterusnya boleh menurunkan dolar AS," katanya.

Ringgit kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama pagi ini.

Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6422/6487 daripada 5.6877/6942 semasa ditutup pada Rabu tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 2.8786/8821 daripada 2.8591/8625,dan rendah berbanding euro kepada 4.7619/7673 daripada 4.7430/7485 sebelumnya.

Sementara itu,ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 278.7/279.1 daripada 278.5/279.0 semasa ditutup pada Rabu dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3150/3193 daripada 3.3080/3120 dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 7.53/7.54 daripada 7.51/7.52 sebelum ini.

Bagaimanapun mata wang tempatan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9300/12.9539 daripada 12.9837/13.0047.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.