Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Pembinaan terminal kapal persiar beri pulangan ekonomi Melaka

2024-11-04 HaiPress

Foto RTM

BANDARAYA MELAKA,4 November- Pembinaan Melaka International Cruise Terminal di Pulau Melaka,bakal memberi impak positif ekonomi menerusi aktiviti pelancongan.

Menteri Pengangkutan,Anthony Loke berkata,pembinaan itu juga selari dengan dasar kerajaan yang menekankan kepentingan ekonomi maritim kepada pembangunan negara.

"Selain daripada pelabuhan-pelabuhan kargo yangg ada di Selat Melaka ini,Melaka juga mempunyai potensi besar untuk menjadi destinasi pelancongan kapal persiaran kerana melaka ini terkenal sebagai satu negeri yang bersejarah dengan kedudukannya",katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Persidangan Ekonomi Maritim Antarabangsa Melaka Pertama (MIMEC 2024) yang dirasmikan Ketua Menteri,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Tahun lepas sahaja,negara menerima lebih seribu kapal persiaran dengan membawa 1.5 juta pelancong,peningkatan 85 peratus berbanding tahun 2019.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.