Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Usaha pencarian M370 antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

2024-11-05 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,5 November- Kaedah penentuan golongan T15,usaha pencarian MH370 serta langkah kerajaan dalam menyelesaikan kelewatan projek tebatan banjir antara tumpuan utama persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen,Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) akan mengemukakan soalan kepada Menteri Kewangan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri mengenai kaedah penentuan golongan T15 khususnya untuk penyasaran subsidi petrol RON95 bermula pertengahan tahun depan.

Aminolhuda juga ingin tahu keberkesanan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel yang diusahakan melalui Budi MADANI.

Pada sesi sama,Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan langkah drastik menyelesaikan kelewatan projek tebatan banjir dan kesan langsung daripadanya dalam menghadapi jangkaan banjir besar khususnya di Pantai Timur.

Turut menarik perhatian soalan Chong Zhemin (PH-Kampar) kepada Menteri Pengangkutan yang ingin tahu sama ada kerajaan masih berhasrat untuk meneruskan usaha mencari pesawat MH370 pada sesi soal jawab.

Usai sesi soal jawab,persidangan diteruskan dengan perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 yang memasuki hari terakhir hari ini sebelum diikuti sesi penggulungan oleh menteri daripada setiap kementerian selama empat hari bermula esok.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 35 hari bermula 14 Oktober hingga 12 Disember depan.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.