Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Penyasaran subsidi diesel jimat RM600 juta sebulan

2024-11-05 HaiPress

Amir Hamzah Azizan / Foto RTM

KUALA LUMPUR,5 November-Lebih 140,000 penerima BUDI Individu dan 65,000 penerima BUDI Agri-Komoditi telah diluluskan setakat 31 Oktober lalu.

Menteri Kewangan II,Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,menjelaskan bahawa pelaksanaan itu melibatkan jumlah bayaran sebanyak RM160 juta dalam tempoh lima bulan sejak dimulakan pada Jun tahun ini.

Beliau juga menyatakan bahawa pelaksanaan penyasaran subsidi diesel telah menunjukkan penurunan mendadak sebanyak 25 peratus,atau hampir 7 juta liter sehari,manakala jualan diesel komersial meningkat hampir 50 peratus atau 4 juta liter sehari.

"Berdasarkan data awal,penyasaran subsidi diesel setakat ini telah menjana penjimatan sekitar RM600 juta sebulan.

"Pada masa yang sama,kadar inflasi kekal terkawal dengan penurunan dalam Indeks Harga Pengguna (CPI),iaitu 2 peratus pada Julai 2024,1.9 peratus pada Ogos,dan 1.8 peratus pada September," katanya ketika menjawab pertanyaan wakil Sri Gading di Dewan Rakyat di sini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.