Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Malaysia ulangi pendirian perkukuh hubungan dengan China

2024-11-08 HaiPress

Foto BERNAMA

BEIJING,7 November- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan pendirian Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan dengan China.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini khususnya dalam sektor perdagangan dan global yang berkaitan kepentingan bersama.

Komitmen itu dizahirkan dalam sesi kunjungan hormat bersama Presiden China,Xi Jinping.

"Saya telah mengikuti rapat perkembangan tuan presiden,terutamanya ucapan cemerlang di Sidang Kemuncak BRICS.

"Sokongan tuan presiden terhadap kerjasama kami bersama BRICS amat dihargai. Lebih penting,visi anda mengenai keselamatan dan pembangunan global benar-benar memberi inspirasi kepada kami," katanya.

Hadir sama dalam pertemuan itu termasuk Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz,Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan,dan Menteri Sumber Manusia,Steven Sim Chee Keong.

Dalam pada itu,Anwar mengundang Presiden China untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Campur China pada tahun depan.

Undangan itu sejajar dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

"Banyak persoalan telah dibangkitkan,tetapi saya gembira untuk mengatakan bahawa saya telah berjaya mendapatkan persetujuan daripada rakan-rakan di ASEAN,para pemimpin,untuk menyokong konsensus ini yang melibatkan 10 negara.

"Kami juga pastinya menantikan kehadiran tuan presiden kerana ia amat penting untuk memastikan kejayaan ASEAN," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.